Profile
Last Empress mengisahkan seorang pelakon teater musikal bernama Oh Sunny yang mengahwini seorang Maharaja yang bernama Lee Hyuk. Secara Luaran Lee Hyuk sentiasa digambarkan Maharaja yang baik, peramah dan mudah didekati rakyat namun disebalik setiap senyumannya, dia merupakan maharaja yang kejam dan kasar.Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai keinginannya. Baginya, Orang miskin merupakan orang-orang yang bekerja untuk memberi wang kepada kerajaan.
Bukan hanya Lee Hyuk, malahan ibunya, Ratu Kang (Shin Eun Kyung), juga memiliki sifat yang sangat kalah kejam. Sang ratu juga sangat suka menyiksa orang yang berbuat salah, malah sanggup membunuh orang yang tidak ia sukai, termasuk Min Yoo Ra (Lee Elijah), pembantu peribadi memerangkap kekasih gelap Lee Hyuk.
Setelah berkahwin dengan Lee Hyuk, Oh Sunny berperang dalam mencari cinta sejati dan kebahagiaan di dalam kehidupan istana, bermula dengan tragedi pembunuhan nenek maharaja, dia telah dituduh membunuh nenek maharaja demi menutup segala kesalahan yang terjadi di dalam istana. Oh Sunny bersikap sentiasa ingin mendedahkan segala salah laku di istana dan sering menegur apa yang salah di Istana menyebabkan Lee Hyuk dan Ibunya berasa sakit hati dan marah kepada Oh Sunny.
Dalam keadaan yang stuggle menghadapi kemelut di istana, Oh Sunny mulai jatuh cinta pada Na Wang-Sik diperankan Choi Jin-Hyuk yang merupakan pengawal keluarga diraja. Na Wang-Sik bekerja di istana hanyalah semata-mata untuk membalas dendam atas kematian ibunya. Na Wang Sik mulai simpati dengan keadaan Oh Sunny, mulai membantu Oh Sunny dalam setiap hal dan menimbulkan perasaan cinta antara mereka. Setelah Min Yoo Ra mengkhianati Lee Hyuk, dia mulai sedari cinta sejati dari Oh Sunny. Pelbagai cara Lee Hyuk lakukan untuk mendapatkan cinta Oh Sunny semula. Dari seorang yang kejam dan tiada belas kasihan, Lee Hyuk mulai menjadi lelaki yang baik dan berubah sikap. Cintanya kepada Oh Sunny telah mengubah Lee Hyuk dari negetif ke positif. Apakah Pengakhiran cerita ini. Jom tonton yerrrr….
Dari segi jalan cerita, 'The Last Empress' memiliki jalan cerita yang matang. Dengan barisan pelakon yang bagus dan meyakinkan, drama ini pun jadi menarik untuk ditonton.
Setiap pelakon dalam 'The Last Empress' mampu membawakan emosi karakter mereka dengan baik. Kemantapan karakter yang dibawa oleh Lee Hyuk, Ratu Kang, dan Min Yoo Ra boleh membawa karakter yang berbeza dalam drama ini sangat menarik kerana diawal karakter mereka adalah antagonist, setelah pertengahan cerita mereka membawa watak yang baik (berubah insaf la). Kita yang menonton ni akan mulai suka watak tersebut dan rasa simpati dengan mereka.
Dalam drama ini, watak Oh Sunny pula dimulai dengan karakter polos, lemah dan mudah ditipu. Namun, sikapnya berubah ketika mengetahui semua kejahatan yang telah dilakukan keluarga diraja padanya. Bahkan berani menampar dan menyiram Min Yoo Ra di depan maharaja, setelah ia menyedari semua perbuatan jahat wanita tersebut. Oh Sunny membawakan watak mahari yang baik, sentiasa menegakkan keadilan dan bijak menyusun strategi bagi mengalahkan semua pelan kejahatan keluarga diraja. Cute lagi tue!!!

No comments:
Post a Comment