Wednesday, September 4, 2019

Switch




SWITCH :CHANGE THE WORLD



Profile
§  Drama: Switch: Change the World (literal title)
§  Revised romanization: Switch: Sesangeul Baggweora
§  Genre : Legal Drama
§  Hangul: 스위치 - 세상을 바꿔라
§  Director: Nam Tae-Jin
§  Writer: Baek Woon-Chul
§  Network: SBS
§  Episodes: 32
§  Release Date: March 28 - May 17, 2018
§  Runtime: Wed. & Thu. 22:00 (35 minutes / 2 episodes per day)
§  Language: Korean
§  Country: South Korea

Mengisahkan seseorang yang mempunyai muka seiras tetapi mempunyai watak yang berbeza iaitu Sa Doo Chan dan Baek Joon Soo. Sa Doo Chan berperanan sebagai seorang Con Man atau Bahasa kita Scammer la.  Dia amat pakar dalam hal - hal penipuan, namun dia hanya menipu orang - orang kaya yang jahat. Manakala Baek Joon Soo adalah seorang pendakwa raya yang tegas dan serius, character mereka sangat berbeza kerana Sa Do Chan lebih ceria, peramah dan friendly berbanding Baek Joon Soo.

Pada Suatu hari ketika dalam perjalanan berjumpa dengan saksi penting kes kendaliannya, Baek Joon Soo telah dilanggar dengan sengaja dan keretanya jatuh ke dalam laut. Rakan setugasnya Oh Ha Ra yang juga seorang pendakwaraya telah menyembunyikan Baek Joon Soo untuk dirawat di satu tempat, bagi menghalang orang jahat membunuh Baek Joon Soo. Apabila Baek Joon Soo koma Oh Ha Ra dan orang atasannya Yang Ji Soong terpaksa mencari akal untuk mencari peganti Baek Joon Soo. Secara kebetulan dalam satu kes penipuan, mereka terjumpa Sa Do Chan yang mempunyai muka seiras Baek Joon Soo, lalu mereka memaksa Sa Do Chan untuk menyamar menjadi Baek Joon Soo buat sementara waktu untuk menyelesaikan satu kes penting. Sa Do Chan awalnya tak nak terlibat tapi terpaksa mengikut arahan Oh Ha Ra kerana Oh Ha Ra mengugut akan menangkap ahli kumpulan Sa Do Chan.

Dengan mudah Sa Do Chan membawa peranan Baek Joon Soo kerana dia seorang yang pakar di dalam penipuan, selain genius dan turut mempunyai ilmu dalam undang - undang. Sa Do Chan pernah memiliki cita-cita sebagai pendakwaraya, malah pernah mengambil peperiksaan undang-undang namun dia terpaksa melupakan impiannya itu atas sebab - sebab tertentu. Sa Do Chan makin tertarik dengan kes yang dikendalikan oleh Baek Joon Soo kerana suspek utama kes berkenaan adalah Grizzly yang merupakan orang yang sama membunuh ayah Sa Do Chan.
Sa Do Chan makin komited dan bersungguh - sungguh untuk menangkap Grizzly itu. Keadaan makin terdesak apabila ada suspek mulai mencurigai Baek Joon Soo, kemudian  Baek Joon Soo yang cedera itu mula sedar dan kembali menjadi pendakwaraya namun dia masih lemah dan tidak sihat. Oleh kerana keadaan fizikalnya yang lemah, Baek Joon Soo meminta Sa Do Chan untuk terus berpura - pura menjadi dirinya sehinggalah kes tersebut selesai. Bereka berdua bersama - sama merancang untuk menangkap Grizzly atau Geum Tae Woong yang merupakan seorang  pemilik galeri.
Sepanjang tempoh penyiasatan dan penyamaran tersebut, Oh Ha Ra makin selesa dan serasi bekerjasama dengan Sa Do Chan. Namun, k eadaan mula menjadi rumit bila rahsia penyamaran antara Baek Joon Soo dan Sa Do Chan diketahui oleh Geum Tae Woong. Geum Tae Woong kemudiannya berazam untuk mengagalkan segala rancangan Baek Joon Soo dan S.Do Chan itu dan mencari jalan untuk membunuh mereka. Apakah kesudahan nya?? Tengok ler sendiri yozzz……
 
 Ulasan : 
Cerita yang agak menyeronokkan antara Sa Do Chan, Baek Joon Soo dan Oh Ha Ra . Suasana, watak-watak, dan bahkan muzik yang menarik menjadikan ia  sebuah drama jenayah yang menyeronokkan, mendebarkan dan excited. Suweet antara Sa Do Chan dan Oh Ha Ra menjadikan cerita ini lebih menarik. Teknik yang digunakan oleh Sa Doo Chan dan Team membuatkan anda rasa teruja. Kalau boleh tontonlah cerita ni.. memang menarik!!!






No comments:

Post a Comment