Wednesday, September 4, 2019

The Time


THE TIME




Profile

  • Drama: The Time (English title) / Time (literal title)
  • Revised romanization: Shigan
  • Hangul: 시간
  • Genres: RomanceCrimeMelodramaTragedyInvestigation
  • Director: Jang Joon-Ho
  • Writer: Choi Ho-Chul
  • Network: MBC
  • Episodes: 32
  • Release Date: July 25 - September 20, 2018
  • Runtime: Wednesday & Thursdays 22:00 
  • Language: Korean
  • Country: South Korea



The Time memang cerita yang bukan berkisar cinta semata-mata seperti drama korea yang lain. Si pewaris kaya yang bercinta dengan gadis biasa, cinta mencurah-curah and happy ending sampai tamat.. kalau anda harapkan ini, anda silap mamilih cerita ini. Tapi kalau anda inginkan kelainan dari cerita cinta dari biasa, silalah anda pilih ini... memang super duper suggest and highly recomended!!!! Dari mula episode sampai habis, memang sangat sedih and penuh perasaan. Suggest sediakan tisu siap-siap!!! Akak pon hidung berair-air dik, mata macam panda da.... setiap episod memang makan jiwa, sedih, marah, sweet, geram, excited semua ade.


Pernah tak terfikir apabila suatu hari anda kehilangan semua orang yang anda sayangi seorang per seorang?? Bagaimana kehidupan anda apabila anda terpaksa hidup sendirian? Rumah yang ceria, tiba-tiba sunyi? Dari gadis biasa menanggung beban hutang akhirnya menjadi seseorang yang terkenal dan kaya. Inilah senario cerita thew time. Cinta, pengkhiatan, kehilangan, kekayaan, dan nilai manusia semua complete dan sangat-sangat menarik untuk ditonton.




Cerita berkisar mengenai 2 pasangan yang mempunyai 2 sisi kehidupan yang berbeza. Dalam satu tragedi, mereka dipertemukan. Namun masa memerangkap percintaan mereka apabila Cheon Soo Hoo mempunyai sedikit masa sahaja untuk hidup. Seol Ji Hyun, adalah seorang wanita yang cekal walaupun kehidupannya dilanda 1000 keperitan, namun dia sentiasa tetap positif , yakin dan sosial. Cheon Soo Hoo adalah ketua restoren dan anak kepada keluarga kaya. Memiliki sikap pemarah, tidak mempedulikan orang lain dan kasar. Apabila tragedi besar berlaku didalam kehidupan Cheon Soo Hoo dan Seo, Ji Hyun berlaku, mereka seperti terikat antara satu sama lain. Saat Seol Ji Hyun kehilangan semua ahli keluarganya (adik dan ibunya), Cheon Soo Hoo telah berjanji kepada dirinya sendiri untuk menggunakan baki masanya iaitu 6 bulan untuk membantu Seol Ji Hyun menyiasat kematian ahli keluarganya. Dalam pada yang sama, Cheon Soo Hoo mulai jatuh cinta kepada Seol Ji Hyun. Adakah cinta mereka dapat berkembang kerana Cheon Soo Hoo hanya mempunyai masa yang terhad untuk hidup?? Ape lagi, tontonlah nak tau macam mana ceritanyer...




Pelakon :





Cheon Soo Hoo

Kim Jung Hyun :
Anak kepada CEO W Group juga seorang pemilik restoren yang mempunyai masa 6 bulan sahaja untuk hidup. Namun telah jatuh cinta kepada Seol Ji Hyun.







Seol Ji Hyun
Seo Hyun : 
Seorang pekerja Sambilan di W Group. Merupakan sumber kewangan keluarganya. Wanita tabah dan berani mencari kebenaran terutsmanya selepas kematian ibu dan adiknya.








Shin Min Seok
Kim Joon Han:
Merupakan kekasih Seol Ji Hyun, namun berpisah apabila berlaku kematian adik kepada Seol Ji Hyun. Seorang peguam kepada W Group juga seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit dan kesenangan. Namun, merupakan anak yang baik bagi ibu dan bapanya.





Eun Chae A
Hwang Seung  Eon: 
Merpakan tunang kepada Cheon Soo Hoo. Merupakan waris tunggal pemilik syarikat Taeyang Group. Dia terlalu obses terhadap Cheon Soo Hoo sehingga mencetuskan tragedi kematian adik Seol Ji Hyun.

No comments:

Post a Comment