Wednesday, September 4, 2019

My Id Is Gangnam Beauty

MY ID IS GANGMAN BEAUTY







Profile

  • Drama: ID: Gangnam Beauty (English title) / My ID is Gangnam Beauty (literal title)
  • Revised romanization: Nae Aidineun Gangnammiin
  • Hangul: 내 아이디는 강남미인
  • Director: Choi Sung-Bum
  • Writer: Gi Maeng-Gi (webcomic), Choi Soo-Young
  • Network: JTBC
  • Episodes: 16
  • Release Date: July 27 - September 15, 2018
  • Runtime: Friday & Saturdays 23:00
  • Language: Korean
  • Country: South Korea


Pelakon:
1. KANG MI RAE:
- Lakonan IM SOO HYANG.
membawa karakter, pelajar universiti yang kurang keyakinan diri, dan sentiasa menginginkan kehidupan normal. Di waktu dia sekolah menengah, dia sering menjadi mangsa buli dan sering dihina kerana memiliki wajah yang hodoh. Dia juga sering keseorangan dan bersendiri kerana merasakan dirinya tidak layak berkawan dengan sesiapa kerana keadaan rupa parasnya. ketika tamat sekolah menengah, ibunya telah membawa Mi Rae ke pusat pembedahan plastik untuk menukarnya menjadi cantik, dan akhirnya beliau berjaya menjadi cantik dan menjadi popular di Universiti. Namun, rahsianya tidak kekal lama apabila rahsia pembedahan plastiknya heboh dan terbongkar.

2. Do Kyung Seok:
- Lakonan Cha Eun Woo membawa watak seorang pelajar yang sangat kacak dan merupakan seorang pelajar yang bijak dan kaya. walaupun dia memiliki segalanya, namun kehidupan tidak gembira dan sering diselubungi kenangan pahit dalam kehidupannya. mula ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil dan dijaga oleh ayahnya. kehidupannya kurang perhatian dan kasih sayang menyebabkan dia kurang bergaul dengan rakan-rakan sekuliah dan sentiasa bersendiri. dia juga merupakan rakan sekolah Mi Rae dan mengetahui keadaan silam Mi Rae.

3. Hyun Soo A:
- lakonan Jo Woo Ri yang membawa watak pelajar popular yang memili wajah yang cantik dan menjadi pujaan pelajar lelaki di Universiti. Namun disebalik kecantikkan dan kesempurnaannya, Ss A memiliki luka dan memori pahit dalam hidupnya. ditinggalkan ibunya ketika kecil dan dijaga oleh neneknya, sering dihina ketika kecil kerana keadaannya yang tidak terurus, dia bertekad untuk menjadi sentiasa cantik dan popular. Namun, kecantikkan Kang Mi Rae selalu menjadi penghalang untuknya terus menjadi popular dan mebilaan ramai. Dalam senyap, dia sentiasa berpura2 menjadi rakan baik Mi Rae, namun sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkannya. berwatak lem ut, sopan, friendly, perfect namun dalam diam sentiasa menjatuhkan dan merampas kebahabian kawan-kawan sekelilingnya.

4. Yeon Woo Young:
- Lakonan Kwak Dong Yeon merupakan pejar graduate bahagian kimia yang menjadi pembantu pengajar bahagian kimia di universiti tempat Mi Rae, Kyung Seok dan Soo A belajar. Berperwatakan cool, matang, baik dan sentiasa membantu pelajar-pelajar junior yang sering mengalami masalah terutama dibuli oleh pelajar senior. Dia juga merupakan jiran tertangga Mi Rae dan merupakan roomate kepada Kyung Seok. Dalam diam, Woo Young telah jatuh cinta kepada Mi Rae pada pertama kali perjumpaan mereka.

5. Oh Hyun Jo
- Lakonan Min Doe Hee yang berperanan sebagai teman baik dan roomate kepada Mi Rae. Hyun Jo merupakan rakan baik Mi Rae sewaktu di sekolah menengah lagi dan sering membantu Mi Rae ketika dibuli oleh rakan-rakan sekolah. Merupakan pelajar jurusan psychology dan juga menaruh hati kepada Woo Young dalam diam.


Sinopsis ringkas:
Mi Rae merupakan pelajar yang mengalami masalah psychology dan sering mempunyai perasaan ingin bunuh diri. ini kerana dia sering dipulaukan dan sering dibuli ketika sekolah kerana rupa parasnya. Di sekolah, dia digelar Kang Orc atang Kang Monster. Apabila dia tamat sekolah menengah, ibunya membawanya menjalani pembedahan plastik dan merubah dirinya menjadi wanita cantik dan kegilaan ramai. ketika dia memasuki alam universiti, kehidupannya berubah 100% apabila dia menjadi popular dan kegilaan pelajar-pelajar lelaki di universiti. Namun, rahsia dirinya terbongkar apabila semua pelajar mengetahui dia membuat pembedahan plastik dan mula dibuli oleh pelajar senior di universitinya. Kyung Seok, selalu membantunya dan mula berkawan dengannya. tanpa sedar, dari kawan Kyeong Seok telah jatuh cinta kepada Mi Rae. Namun, Mi Rae telah menolaknya sebanyak 2x kerana sedar dirinya tidak layak untuk lelaki setampan Kyung Seok. Pada masa yang sama Soo A juga turut menaruh hati kepada Kyung Seok. pelbagai cara dilakukannya untuk mendapatkan Kyung Seok, namun gagal. 

Pada masa yang sama, Woo Young yang merupakan pembantu pengajar di bahagian kimia mula jatuh hati kepada Mi Rae. Melalui Woo Young juga, Mi Rae telah berjumpa kembali dengan Na Hye Sung yang merupakan Ceo kepada Pengeluar minyak wangi terkenal Kelon dan juga merupakan ibu kepada Kyung Seok. Na Hye Sun telah menyelamatkan Mi Rae dari membunuh diri pada masa silamnya dan memberi semangat kepada Mi rae untuk teruskan hidup. Bermula dari itu, Mi Rae mula menjadikan Na Hye Sung sebagai idolanya dan menanamkan minatnya dalam penghasilan minyak wangi. Dia merupakan pelajar yang sangat expert dalam penghasilan minyak wangi, sehingga menjadikannya penjual lilin pewangi yang terkenal.

setelah beberapa percubaan, Kyeong Seok telah berjaya menjadikan Mi Rae sebagai kekasih. muncul la beberapa babak romantis mereka dan diselitkan kelakar. Apabila Soo A memberitahu semua pelajar yang dia mencintai Kyung Seok, Kyung Seok terus reject Soo A dan perkara itu telah menjadi gosip di universiti. bermula segala sikap buruk Soo A mula terbongkar, akhirnya Soo A menjadi tekanan perasaan. Soo A mula jadi makin tertekan apabila dia mendapati dirinya diintai dan diintip. gambar2 nya disebarkan di internet oleh seseorang yang menaruh dendam kepadanya. dendam apabila merasakan dirinya dipermainkan Soo A. Dia merasakan Soo A menyukainya, tetapi hancur apabila Soo A memberitahu semua pelajar bahawa dia mencintai Kyung Seok.

Endingnya, Soo A mengambil cuti belajar untuk mengatasi tekanannya, Kying Seok dan Mi Rae masih kekal pasangan romantis dan bahagia. Woo Young berjaya menerima keadaan ditolak oleh Mi Rae mula mendekati Hyung Jo. 

Ulasan drama:
Ending yang biasa2 sahaja. tiada yang suprise. jalan cerita yang menarik, tetapi agak slow. hero dan heroin tak bergitu romantis mcm gula. untuk tontonan sebagai moral story is good sebab dia mengajar kita, cantik tak semestinya bahagia. sempurnanya kita tak semestinya hidup kita lengkap. jadi bersyukur ajelah dengan ape yang diberi.

tamat.....

disediakan trailer drama untuk tontonan semua.



No comments:

Post a Comment