Cinderella with Four Knights
PERSONAL RATE: 🔺🔺🔺🔺 (4 /5)
Episode: 16 episode
Tayangan: August 2016
Duration: 60 minit/ episode
Total episode: 16 episode
Genre: romance comedy
Cerita nie berunsur percintaan, kekeluargaan, kesetiaan, dan persahabatan. Jalan cerita nice, tidak terlalu berat dan kelakar tambah-tambah adakala berunsur romantik semanis gula... kalau bagi rating, saya bagi 4/5 bintang bagi cerita ni.. Thumbs up, lagu2 ost die pown memang best2 .. u'Olls boleh click kat link bawah untuk dengar link-link OST dia. Nak2 bile tengok clip video dia di you tube, siap ada video klip drama..Fuhh!!! memang best.....
![]() |
| Watak-watak yang wujud |
watak:
- Eun Ha Won / Park So Dam:
- Eun Ha won seorang pelajar sekolah tinggi yang terpaksa melakukan pelbagai pekerjan untuk menyara kehidupannya. Sejak kematian ibunya 10 tahun yang lalu, dia dijaga oleh ibu tirinya yang kejam dan kakak tirinya yang sering mengambil kesempatan terhadap dirinya. ayahnya sebagai pemandu lori sering keluar daerah dan terlalu jarang untuk pulang. Namun kehidupannya berubah ketika dia ditawarkan bekerja di Sky House.
- Kang Ji Won / Jung Il Woo:
- merupakan cucu kepada Kang Jong Du iaitu seorang hartawan yang sangat kaya. dia yang asalnya tidak mengetahui bahawa dia seorang cucu kepada hartawan dan hidup sebagai orang biasa yang bernama Han Ji Won. Namun, dia telah dijumpai oleh datuknya dan tinggal bersama-sama sepupu kang di Sky House.
- Kang Hyun Min/Ahn Jae-Hyun:
- salah seorang dari sepupu kang yang sangat terkenal. dia berwatak playboy, tetapi cute. dia mempunyai kawan perempuan yang bernama Park Hye Ji, dan mereka telah berkawan sejak dari kecil lagi. namun, persahabatannya terputus setelah Kang Hyun Min tinggal di luar negara. Namun, dalam diam Hyun min masih lagi mengambil berat dan syg akan Hye Ji.Namun, kenangan lalu telah menjarakkan mereka.
- Kang Seo Woo/Lee Jung Sin:
- Kang Seo Woo merupakan seorang penyanyi terkenal. dia merupakan salah seorang dari sepupu kang yang terkenal dan tinggal di Sky House.Kang Seo Woo membawakan watak sebagai seorang yang cool, baik, dan penyayang. dia merupakan teman rapat kepada Eun Ha Won ketika di Sky House, namun dalam masa yang sama dia telah jatuh cinta kepada Eun Ha Won. tetapi perasaannya dipendam sendirian.
- Lee Yoon Sung/Choi Min:
- merupakan seorang pekerja Kang Jo Du yang paling taat dan paling dipercayai. dia ditugaskan untuk menjaga ketiga-tiga sepupu Kang. namun dalam diam, dia merupakan anak tiri kepada Kang Jo Du setelah bosnya itu berkahwin dengan ibunya yang telah lama terpisah. mereka berjumpa kembali ketika Kang Jo Du ingin memperkenalkan bakal isterinya itu.
- Park Hye Ji/Son Na Eun:
- seorang yang gemar menjahit dan merupakan teman baik kepada Kang Hyun Min sejak mereka dari kecil. Dia menyukai Hyun Min sejak dari kecil lagi, namun Hyun min selalu menyakiti hati Hye ji sehinggakan Hye ji menggunakan Kang Ji Won untuk jeleskan Hyun Min.
Sinopsis Ringkas:
Mengisahkan Eun Ha Won seorang pelajar cemerlang yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Sejak kematian ibunya 10 tahun lalu dalam kebakaran di sebuah apartment telah merubah hidupnya. Dia gigih melakukan pelbagai kerja part-time untuk menampung kehidupannya.
Kehidupannya berubah apabila dia ditawarkan kerja oleh seorang hartawan yang bernama Kang Jong Du untuk mengubah perangai cucu-cucunya. Eun Ha Won terpaksa tinggal di Sky House dan tinggal bersama-sama ketiga-tiga sepupu Kang. Disitu bermulanya pelbagai kejadian lawak, sedih, dan percintaan.
Bibit-bibit percintaan antara Eun Ha Won dan Kang Ji Won bermula perlahan-lahan dan mula bercambah setelah mereka bercuti. Eun Ha Won mendapat misi untuk mengaturkan percutian dengan sepupu kang. Pelbagai kejadian lucu berlaku ketika sepanjang perancangan percutian berjalan. Dari perasaan suka akhirnya mereka menjadi pasangan kekasih namun tidak direstui oleh atuknya. Mereka berpisah, dan Eun Ha Won keluar dari Sky House kerana melanggar kontrak (tidak dibenarkan menjalinkan hubungan dengan cucu-cucunya). Itu menyebabkan Kang ji Won Bertambah marah dengan datuknya, dan keluar dari Sky House dan menjalani kehidupan lamanya. Namun, ketika datukknya diserang sakit dan memerlukan penderma hati, Kang Ji Won telah mendermakan hatinya atas pujukan Eun Ha Won. Ketika ini, percintaan mereka kembali terjalin dan telah melembutkan hati datuknya.
Pengakhirannya, mestilah Happy Ending!!!!
u ollz perlu dengar lagu-lagu OST Cinderella sebab lagu-lagu dia memang best sesangat!!!
Antara lagu-lagu OST yang ptt korang dengar:
- For You - BTOB
- How To Find love-CNU (BLA4)
- Confession- Sin B(GFriends)
- If I Meet you again Someday- Green Coco
- My Romeo- Jessi
- Without You- Bomi(APink)
- Only One-Zia
- You Pour A Star - DickPunks
- I Believe
TEASER CINDERELLA AND FOUR KNIGHT:



No comments:
Post a Comment