Kanak-kanak
memiliki sikap dan sifat berbeza sehinggakan kita sukar untuk mengenali
personaliti anak-anak kita. Adakala anak kita terlalu ceria dan lasak, kita
gelarkan Hyper, Terlalu pendiam, kadang-kadang suka mengamuk dan menjerit.
Adakah ia perkara biasa dalam perkembangan kanak-kanak??
APA PENTINGNYA MENGENALI PERSONALITI
ANAK?
Kita selalu mendengat ayat-ayat ‘setiap anak adalah berbeza’,
tetapi kita sebagai ibubapa mesti akan berasa curiga dan tertanya-tanya apabila
anak-anak kita tidak menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak yang ‘normal’.
Ada anak-anak yang suka menangis, suka bersendiri, banyak berangan dan
termenung, atau ada juga yang terlampau aktif atau hyper aktif.
Jika dipetik dari sebuah buku terkemuka ‘The Child Whisperer’, Penulis banyak menceritakan
pengalamannya bersama kanak-kanak selama lebih 20 tahun, beliau mendapati
bahawa kanak-kanak sebenarnya mengekspresikan dirinya melalui 4 personalit.
Personaliti kanak-kanak ini dapat diperhatikan melalui kelakuan, pemikiran, perasaan
mereka, atau ciri-ciri fizikal.
Apabila kita mula memahami personaliti anak, kita akan lebih
terbuka dalam menerima sikapnya dan dapat mengatur strategi untuk mendidik
mereka dari akar umbinya.
Zoom anak kita berada di personaliti jenis mana.
JENIS 1: CERIA
·
Sifat: Sosial
·
Personaliti: Riang dan rawak
·
Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa yang menyeronokkan
·
Kelebihan: Suka berkawan, cergas, periang, tidak mudah mengambil
hati, gembira
·
Kelemahan: Suka bercakap, sukar dipercayai, tidak tegas dalam
keputusan
·
Punca ‘Tantrum’: Mungkin anak anda
tidak suka dikawal ketat, terlalu lama bersendiri, atau tidak selesa
dengan keadaan yang terlampau serius.
·
Cara Mengatasi ‘Tantrum’: Buat
kejutan untuk anak anda, jalinkan hubungan seperti kawan, dan ‘enjoy’ masa bersama mereka.
Anak-anak Jenis 1 biasanya mempunyai aliran tenaga yang paling
tinggi, pantas pergerakannya, dan nampak gembira dengan hidupnya. Mereka
mempunyai keistimewaan semulajadi dalam memerhatikan keseronokan dari setiap
sudut. Malah, semua benda boleh dijadikan permainan!
Mereka selalunya mempunyai pelbagai idea yang tidak putus-putus
dan mereka amat menghargai sesuatu yang baru. Mereka juga tidak kekok
untuk berjumpa dengan sesiapa.Jadi, apa kata daftarkan mereka ke
sekolah tadika lebih awal kerana umumnya anak jenis ini memang suka dikeliling
kawan-kawan.
Selalunya ibu bapa kepada anak jenis ini akan cepat kehausan
tenaga dan keletihan kerana anak Jenis 1 perlu selalu ‘berhubungan’ dengan
seseorang, walaupun semasa bermain. Walaubagaimanapun, cubalah mencari
idea supaya mereka dapat menyalurkan tenaga melalui permainan yang menjana
kreativiti mereka.
JENIS 2 :
SENSITIF
·
Sifat: Emosional
·
Personaliti: Lemah lembut
·
Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa dan keluarga yang saling
menyayangi
·
kelebihan: Halus, baik hati, mengambil berat, dan berhati-hati
·
kelemahan: Pemalu, suka menangis, dan pengecut
·
Punca ‘Tantrum’: Mungkin
anak anda merasakan pendapatnya tidak didengari, kurang perhatian, atau keadaan
tidak berjalan mengikut perancangannya.
·
Cara Mengatasi ‘Tantrum’: Berlemah-lembut
dengan mereka, beri masa untuk relaks, dan cuba ambil masa untuk mendengar
luahan perasaan anak.
Keistimewaan anak Jenis 2 ini adalah tenaganya yang mengalir
seperti air, bergerak secara stabil dalam kehidupan. Mereka berkebolehan untuk
memerhatikan keadaan sekeliling dengan penuh terperinci dan suka membuat
perancangan. Personaliti anak ini juga memberikan kesan yang menenangkan buat
mereka yang mendampinginya.Mereka suka belajar dan bertanyakan soalan, tetapi
kadangkala turut mempersoalkan kekurangan diri sendiri.
Ibu bapa yang memiliki anak jenis ini biasanya beranggapan bahawa
anak mereka perlu lebih agresif dan sosial. Jika ibu bapa terlalu
mendesak mereka untuk berkelakuan sedemikian, anak-anak berasa tidak selesa dan
tidak yakin diri. Ini kerana mungkin mereka akan mempersoalkan apakah kesilapan
lain lagi yang dilakukan oleh mereka. Maka, hormatilah keperluan mereka untuk
menyendiri dan berilah sokongan terhadap ‘perancangan’ yang mereka miliki.
Kedua-dua sifat ini adalah penentu dalam kejayaan mereka.
JENIS 3 :
LINCAH
·
Sikap: Fizikal
·
Personaliti: Lincah, gigih
·
Keperluan Utama: Untuk menyahut cabaran dan pengalaman baru
dengan sokongan ibu bapa
·
Kelebihan: Kuat, aktif, tidak mudah putus asa, energetic
·
Kelemahan: Suka mengarah, bising, riuh, suka memaksa
·
Punca ‘Tantrum’: Mungkin anak anda
terasa pergerakannya terlalu disekat, kekurangan ruang untuk menyalurkan
tenaga fizikalnya, dan asyik mendengar perkataan “Tidak” atau “Jangan”.
·
Cara Mengatasi ‘Tantrum’: Beri
galakan terhadap aktiviti fizikal mereka, biarkan mereka bergerak lincah dan
meneroka persekitaran selagi tidak memudaratkan.
Anak-anak ini mempunyai jenis tenaga yang dinamik dan biasanya
mudah beradaptasi. Keistimewaan mereka adalah sifat keazaman yang utuh dan
biasanya aura ini dapat mempengaruhi mereka yang rapat dengannya untuk turut
mencapai kejayaan.
Kalau boleh, anak-anak Jenis 3 lebih suka meneroka alam ini secara
fizikal dan mereka mahu mencuba segalanya! Mereka amat sesuai diangkat sebagai
pemimpin kerana mereka sangat mementingkan keputusan yang baik dalam
segala hal.
Ibu bapa bagi anak jenis ini mungkin menganggap bahawa anak mereka
ini bersikap hiperaktif dan perlu belajar untuk bertenang dan mengawal diri.
Namun hakikatnya, personaliti anak ini dipenuhi dengan tenaga yang perlu
dialirkan ke arah yang betul. Jika tidak, anak akan menjadi murung dan
merosakkan semangat mereka.
Biasakan berkunjung ke tempat-tempat riadah seperti taman
permainan dan padang supaya mereka dapat menghabiskan tenaga secara positif.
4. JENIS 4:
SERIUS
·
Sikap: Intelektual
·
Personaliti: Tepat dan tidak berselindung
·
Kelebihan: Efisyen, bertanggungjawab, analitikal, tersusun
rapi
·
Kelemahan: Suka mengkritik dan menilai seseorang, berlagak pandai .
·
Punca ‘Tantrum’:
Mungkin anak anda tidak suka diperlakukan seperti anak kecil, dimalukan
dalam sesuatu hal, dan memerlukan masa untuk bersendirian dan fokus.
·
Cara Mengatasi ‘Tantrum’: Hormati
pendirian mereka, beri sokongan terhadap minat mereka, dan dengarkan
pendapat atau idea mereka dengan teliti.
Personaliti anak yang satu ini mencerminkan jenis tenaga yang
tersimpan rapi, tetapi reflektif. Keistimewaan mereka adalah sikap
teliti yang menjadikan mereka dapat melihat secara logik. Sehinggakan,
mungkin ada yang merasakan bahawa anak-anak ini terlalu matang berbanding usia
mereka.
Anak-anak ini juga biasanya tidak begitu sosial kerana mereka
tidak nampak sebarang keperluan terhadapnya, melainkan pada masa-masa tertentu.
Namun anda tidak perlu risau kerana anak Jenis 4 ini biasanya
mempunyai hubungan yang mendalam dengan beberapa orang yang mereka
percayai.
Ibu bapa kepada anak-anak jenis ini biasanya beranggapan bahawa
anak mereka tidak menikmati zaman kanak-kanak secukupnya kerana mereka kurang
bermain dan lebih suka menyendiri. Tetapi sebenarnya, itulah yang diperlukan
oleh mereka untuk membina jati diri. Dengan membenarkan mereka mempunyai ruang
untuk diri sendiri, anak-anak akan lebih yakin untuk mencari keseimbangan dalam
kehidupan harian mereka.





No comments:
Post a Comment