Tahukah
kamu, Permintaan bagi produk skincare Korean, meningkat dari tahun ke tahun. Bukan
sahaja peningkatan yang tinggi di negara Asia, tetapi kini peningkatan permintaan
terhadap produk-produk skincare dari korea juga telah meningkat di
negara-negara barat. Tahun 2015 sahaja, Korea mengeksport
kosmetik dan skincare senilai lebih dari 35 triliun ke
berbagai penjuru dunia.
Selain
dari pengaruh dari K-pop, skincare dari Korea terbukti
terbaik dan sangat sesuai bagi semua kulit. Memang tidak asing lagi,
bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Skincare mereka terdiri dari
bahan-bahan semula jadi dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Ia merupakan
faktor utama mengapa skincare mereka menjadi pilihan dunia kini.
- Skincare dan kosmetik Korea lebih inovatif:-
Brand
skincare dan kosmetik dari Korea terkenal dari
segi inovasinya yang pelbagai dan terkini. Kita boleh imbas kembali kewujudan BB cream yang
hebat iaitu gabungan dari skincare dan kosmetik.Produk ini pertama kalinya
dihasilkan dari korea dan diikuti oleh negara barat pada 3 atau 4 tahun
berikutnya.
Pelbagai
inovasi penjagaan kulit dihasilkan dalam produk-produk mereka. Bermula dari
penggunaan bahan, cara penghasilan, packaging dan fungsi-fungsi yang terbaik
untuk kulit.
- Bahan-bahan yang digunakan:-
Pernahkah
anda dengar penggunaan bahan-bahan seperti Lendir siput, racun lebah, bahkan
minyak kuda? Aneh bukan, tapi tahukah kamu khasia-khasiat disebalik bahan-bahan
aneh ini? Dari segi pemilihan bahan-bahan, Korea biasanya menggunakan
bahan-bahan semulajadi yang aneh dan pelik ini, namun yang penting yang
ternyata berfungsi dengan baik untuk kesehatan dan kecantikan kulit. Kalau saja
diteliti, beberapa bahan aneh ini seringkali ditemukan dalam kandungan bahan.
- Dominasi Produk Hydrating:
Orang
korea memang terkenal dengan kecantikkan kulit, kehalusan dan glowing. Daripada
kajian mendapati, formulasi yang digunakan dalam produk mereka mampu
menghidrasi kulit mereka secara optima. Pelbagai produk yang mereka hasilkan
bermula dari toner, essence, sheet masksehingga ke sleeping mask semuanya
menawarkan formula tersebut. Tidak hairan lah kulit mereka kelihatan sihat,
glowing dan lebih awet muda.
- Tekstur ringan:
Tahukah
kamu, hampir kesemua produk mereka mengandungi tekstur yang ringan pada kulit. Tidak
melekit dan terus meresap ke kulit. Kita terasa seperti kulit bebas produk selepas pemakaian pada
kulit. Ini merupakan ciri utama dalam penghasilan sesuatu produk skincare
korea.Ini juga didorong, layer yang digunakan dalam routine penjagaan kulit
mereka memerlukan sesuatu produk mempunyai tekstur yang ringan. Ingat tak pada
topik sebelum ni, saya ada cerita berkenaan layer pemakaian rpoduk mereka?
Orang korea memang gemar memakai skincare berlapis-lapis untu mendapatkan kesan
yang sangat optima bagi kulit. Oleh itu, dengan penghasilan produk yang
bertekstur ringan sangat-sangat diperlukan dalam routine penjagaan kulit
mereka. Yang paling best adalah kesemua produk mereka terus meresap kelit dan
TIADA BAHAN KIMIA TERLARANG. Selamat digunakan dan bahan yang digunakan adalah
olahan bahan semulajadi!!!
- Perbandingan harga:
Kalau
dibandingkan harga sama ada produk barat atau produk korea. Ternyata produk
dari buatan korea itu, jauh lebih mahal dari produk barat. Tapi kalau dinilai dari
segi khasiat dan formulasi sesuatu produk, pastinya produk korea jauh lebih
murah. Bayangkan 1 produk jauh lebih banyak khasiat dan fungsi bagi kulit. Sebagai
contoh, kita boleh gunakan toner mereka. Selain melebabkan, toner mereka
membantu dalam membersihkan kulit, menghaluskan kulit dan 1000 fungsi bagi
kulit. Tekstur lebih ringan dan meresap
terus ke kulit. Pilihan yang mana lebih anda pilih?
- Dari segi Pakaging:-
Jika
kita lihat packaging bagi sesuatu produk, produk korea selalunya menampilkan packaging
yang menarik, dari segi warna, botol, design dan lebih eye catching. Kebiasaanya,
mereka selalu menampilkan penampilan yang unit dan sangat menarik peminat
pembeli. Hal ini menjadi salah satu tarikan bagi peminat-peminat skincare
beralih ke produk mereka sehingga menjadi pengeluar terbesar produk skincare di
dunia.




No comments:
Post a Comment