Tuesday, December 24, 2019

Tips Miliki Kulit Sihat




Kulit yang sihat, bersih, mulus adalah idaman setiap wanita. Namun untuk memiliki kulit wajah yang bersih dan sihat bukan memerlukan banyak langkah yang perlu dituruti membeli produk2 kecantikan yang mahal, pelbagai jenis, krim yang pelbagai. Anda hanya perlu tahu Tips Penjagaan asas jika ingin mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Barang atau murah bukan pengukur kepada kecantikan kulit anda. Banyak-banyak tepek dimuka pon boleh lemas kulit anda.






Perkara asas dalam penjagaan kulit muka:
    * pembersih wajah (Cleanser)
    * Krim siang perlindungan UV (UV Protection)
    * Kim malam antioksidan (Night Cream)

Malaysia/Asea memang diketahui memiliki cuaca yang panas pada sepanjang hari, kita memerlukan krim pelembab dengan SPF 30 dan ke atas. Ini adalah untuk  mengelakkan kekeringan serta melindunginya dari menjadi gelap dan kusam. Begitu juga dengan krim malam, serum atau gel yang digunakan seeloknya mengandungi banyak vit-C, vit-E atau kaya antioksidan agar dapat merawat, memperbaiki kesihatan kulit juga mencegah penuaan pra-matang.



Kelebihan Vitamin C, E:
VITAMIN C
  • Membantu mengekalkan kulit yang awet muda
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Mengecilkan liang pori di muka dan meransang pembentukan kolagen
  • Mengecutkan jerawat
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Membantu kulit sensitif seperti ekzema dan resdung
  • Mengurangkan pertumbuhan jerawat pasir

VITAMIN E

  • Membantu mengurangkan parut jerawat, jeragat dan stretchmark lepas bersalin
  • Melembabkan kulit, sesuai untuk yang berkulit kering dan bersisik
  • Pelembab muka secara semulajadi, tak perlu pakai krim pelembab dah!
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar UV
  • Menjadikan kulit bebas cela, flawless uolls!

2. Bersihkan wajah sebelum tidur
Perkara Paling Penting dalam penjagaan wajah adalah kulit yang bersih (tanpa sebarang alat solek, kotoran dan sebagainya). Tidur dengan sisa mekap, akan menimbunkan lagi sel2 kulit mati, pori2 kulit yang tersumbat dengan kotoran/sebum minyak tentu menggalakkan pembiakan bakteria jerawat. Pertumbuhan sel2 kulit baru terjejas kerana kulit sukar bernafas. Apabila anda melakukan ini, kulit anda akan menjadi lesu, kulit tidak sihat, liang roma anda tersumbat sebagainya.

3. Kebersihan:
Faktor utama yang perlu diperlihat adalah faktor kebersihan. Kebersihan perlu dijaga kerana kulit kita adalah sensitive. Sebagai contoh Jika sentiasa berbual dengan melekapkan gagang telefon pada wajah, bersihkan gagang dengan tisu/tuala yang dilembabkan dengan cecair membasmi kuman seperti dettol. Bagi pengguna telefon bimbit, berhubunglah dengan bantuan earphone. Begitu juga ketika menikmati hidangan yang berlemak/berminyak seperti pizza, kentang goreng atau burger dengan tangan, elakkan jemari anda dari menyentuh wajah. Tukar/salin sarung bantal setiap minggu kerana bantal adalah teman tidur anda sepanjang malam. Jika ia tidak bersih, banyak kuman yang melekat di pipi anda sewaktu lena dan itu antara penyebab wajah tambah bermasalah. 






4. Produk yang bersesuaian dengan kulit anda:
Ini merupakan faktor penting iaitu produk. Terdapat banyakkan lambakan produk dipasaran sekarang. Berjenis-jenis, berbagai-bagai. Ukur tahap masalah dan situasi kulit anda terlebih dahulu, sama ada kulit kering, berminyak, kusam dan sebagainya. Penigkatan usia dan persekitaran yang berubah tentunya memerlukan penjagaan yang berbeza. Contohnya, bekerja dalam suasana hawa dingin buat kulit menjadi kering dan anda perlukan pelembab yang lebih Vit-E, wajah berjerawat tentu nya memerlukan krim rawatan yang sesuai. Penjagaan untuk kulit matang tentulah berbeza dengan yang anda gunakan ketika remaja dahulu.


Penjagaan kulit amatlah penting bagi setiap wanita. Bukan sekadar untuk kecantikan sahaja, tetapi kepentingan kita dalam menjaga kebersihan kulit kita, mempamerkan kulit kita sihat walau sebarang make up, melindungi kulit kita. Tidak perlu sebarang produk yang mahal sebenarnya. Produk mahal tidak menjamin kesesuaian kulit kita. Jika kita tidak mampu untuk memiliki produk mahal, tips tradisional yang murah kita masih boleh gunakan. Murah, jimat dan pasti berkesan. Janji kita rajin saja lah. 

No comments:

Post a Comment