Tahukah kamu, Permintaan bagi produk skincare Korean, meningkat dari tahun ke tahun. Bukan sahaja peningkatan yang tinggi di negara Asia, tetapi kini peningkatan permintaan terhadap produk-produk skincare dari korea juga telah meningkat di negara-negara barat. Tahun 2015 sahaja, Korea mengeksport kosmetik dan skincare senilai lebih dari 35 triliun ke berbagai penjuru dunia.
Selain dari pengaruh dari K-pop, skincare dari Korea terbukti terbaik dan sangat sesuai bagi semua kulit. Memang tidak asing lagi, bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Skincare mereka terdiri dari bahan-bahan semula jadi dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Ia merupakan faktor utama mengapa skincare mereka menjadi pilihan dunia kini.
- Skincare dan kosmetik Korea lebih inovatif:-
Brand skincare dan kosmetik dari Korea terkenal dari segi inovasinya yang pelbagai dan terkini. Kita boleh imbas kembali kewujudan BB cream yang hebat iaitu gabungan dari skincare dan kosmetik.Produk ini pertama kalinya dihasilkan dari korea dan diikuti oleh negara barat pada 3 atau 4 tahun berikutnya.
Pelbagai inovasi penjagaan kulit dihasilkan dalam produk-produk mereka. Bermula dari penggunaan bahan, cara penghasilan, packaging dan fungsi-fungsi yang terbaik untuk kulit.
- Bahan-bahan yang digunakan:-
Pernahkah anda dengar penggunaan bahan-bahan seperti Lendir siput, racun lebah, bahkan minyak kuda? Aneh bukan, tapi tahukah kamu khasia-khasiat disebalik bahan-bahan aneh ini? Dari segi pemilihan bahan-bahan, Korea biasanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang aneh dan pelik ini, namun yang penting yang ternyata berfungsi dengan baik untuk kesehatan dan kecantikan kulit. Kalau saja diteliti, beberapa bahan aneh ini seringkali ditemukan dalam kandungan bahan.
- Dominasi Produk Hydrating:
Orang korea memang terkenal dengan kecantikkan kulit, kehalusan dan glowing. Daripada kajian mendapati, formulasi yang digunakan dalam produk mereka mampu menghidrasi kulit mereka secara optima. Pelbagai produk yang mereka hasilkan bermula dari toner, essence, sheet masksehingga ke sleeping mask semuanya menawarkan formula tersebut. Tidak hairan lah kulit mereka kelihatan sihat, glowing dan lebih awet muda.
- Tekstur ringan:
Tahukah kamu, hampir kesemua produk mereka mengandungi tekstur yang ringan pada kulit. Tidak melekit dan terus meresap ke kulit. Kita terasa seperti kulit bebas produk selepas pemakaian pada kulit. Ini merupakan ciri utama dalam penghasilan sesuatu produk skincare korea.Ini juga didorong, layer yang digunakan dalam routine penjagaan kulit mereka memerlukan sesuatu produk mempunyai tekstur yang ringan. Ingat tak pada topik sebelum ni, saya ada cerita berkenaan layer pemakaian rpoduk mereka? Orang korea memang gemar memakai skincare berlapis-lapis untu mendapatkan kesan yang sangat optima bagi kulit. Oleh itu, dengan penghasilan produk yang bertekstur ringan sangat-sangat diperlukan dalam routine penjagaan kulit mereka. Yang paling best adalah kesemua produk mereka terus meresap kelit dan TIADA BAHAN KIMIA TERLARANG. Selamat digunakan dan bahan yang digunakan adalah olahan bahan semulajadi!!!
- Perbandingan harga:
Kalau dibandingkan harga sama ada produk barat atau produk korea. Ternyata produk dari buatan korea itu, jauh lebih mahal dari produk barat. Tapi kalau dinilai dari segi khasiat dan formulasi sesuatu produk, pastinya produk korea jauh lebih murah. Bayangkan 1 produk jauh lebih banyak khasiat dan fungsi bagi kulit. Sebagai contoh, kita boleh gunakan toner mereka. Selain melebabkan, toner mereka membantu dalam membersihkan kulit, menghaluskan kulit dan 1000 fungsi bagi kulit. Tekstur lebih ringan dan meresap terus ke kulit. Pilihan yang mana lebih anda pilih?
- Dari segi Pakaging:-
Jika kita lihat packaging bagi sesuatu produk, produk korea selalunya menampilkan packaging yang menarik, dari segi warna, botol, design dan lebih eye catching. Kebiasaanya, mereka selalu menampilkan penampilan yang unit dan sangat menarik peminat pembeli. Hal ini menjadi salah satu tarikan bagi peminat-peminat skincare beralih ke produk mereka sehingga menjadi pengeluar terbesar produk skincare di dunia.




No comments:
Post a Comment