Wednesday, October 24, 2018

PENGALAMAN BUKA KEDAI DI LAMAN E-COMMERCE

PENGALAMAN BUKA KEDAI DI LAMAN E-COMMERCE



Ramai yang mungkin tahu atau tidak, Lazada telah membuka peluang kepada kita untuk menjana pendapatan. cuma kita grab atau tidak. saya full time bekerja, tetapi saya suka sangat berniaga. since dari kecil lagi saya suka main jual-jual barang dengan adik. Padahal, duit modal semua beli pakai duit emak, modal adik beli barang pon duit emak. yang untung adik, sebab kenyang makan jajan ape yang saya jual. Untuk saya kepuasan sebab dapat menjual barang dan approrch customer tetapi emak saya tersiksa, sebab duit dia banyak habis masa tue... hehehe... dah la duit hasil jual kelapa parut dekat orang kampung. Tapi, duit beli jual beli pulang semula kepada emak, duit modal la hangus.... ehhehehehe....

Sambung balik meniaga di Lazada. saya modal tiada untuk meniaga, saya gunakan medium dropship. beberapa tahun saya buat dropship, tp kurang and kurang dapat sambutan. saya try fight harga, dengan untung paling minimum saya ambil. Iklan?? jangan cakap, saya iklan setiap hari sewaktu pergi kerja, lunch and malam, tetapi sambutan yang diterima hambar. saya agak fed up dengan situasi feedback yang diterima. saya on off meniaga, tiada semangat untuk teruskan  namun bila saya tengok orang meniaga, saya semangat balik, dan saya tekad untuk teruskan walau jualan saya hambar sebab saya memang minat untuk berniaga.

saya mula mencari alternatif lain selain dari media sosial seperti instagram, facebook dan twitter. saya belajar dari encik google bagaimana berniaga dalam dunia e-commerce pulak. saya perhatikan, peluang berniaga di e-commerce lebih cerah berbanding media sosial, akan tetapi persaingan terlalu banyak dan peluang anda mendapat customer kurang. tetapi, peluang tetap ada!!! saya telah 3 minggu berniaga di e-commerce ada juga tempahan-tempahan yang telah saya terima dan adakala hambar juga.. so keep it up!!! macam jutawan2 online selalu cakap, sehambar mana pon sale kita, jangan cepat putus asa.. so saya anggap itu challange bagi saya untuk fight and bagi lagi service yang paling terbaik untuk customer2 saya.




Pengalaman meniaga di e-commerce:

  1. Mudah dapat peluang perniagaan sebab kita tidak perlu mencari customer, kita park barang kita di laman- laman e-commerce, ok pasti ada peluang. kita perlu rajin update barangan2 kita untuk melebarkan lagi peluang kita.
  2. Masa kita lebih santai kerana kita tidak perlu post barangan kita seperti di media sosial untuk tarik customer.Namun, apa yang perlu kita jaga adalah service kita dengan customer dan bakal customer. Cube beri service yang paling terbaik untuk customer anda untuk dapatkan feedback yang baik untuk kedai anda. Anda jangan lupa, saingan terlalu banyak di e-commerce.
  3. Anda jangan fikir keuntungan melampau bila anda meniaga di e-commerce ni, sebab bukan senang barangan anda untuk laris terjual dan ramai lagi saingan anda. Yang saya tekankan adalah, service. fast respond, delivery awal dari jangkaan dan approch customer anda dengan sopan.
  4. Jika kita gunakam medium e-commerce, walaupun anda dropship tanpa modal. Anda masih perlukan modal juga!! jangan ingat kita park barangan kita disitu, payment kita dapat awal. kita perlu gunakan modal kita terlebih dahulu untuk beli barang pada supplier. kemudian, apabila customer kita telah mendapat barangan dari kita, telah membuat confirmation kepada mereka baru payment akan masuk ke e- wallet kita. tempoh seminggu baru duit akan masuk ke akaun kita.
  5. Bagi kita yang ala-ala newbies ni, semangat kena kuat. sebab bukan setiap hari sale kita akan masuk. kena rajin dan sungguh-sungguh. insyaallah, rezeki kita mane tau kan. nak buka akaun di lazada, shopee, 11st, lelong bkn sesenang kita daftat mudah dan carousell. kite perlu daftar kan diri kita dengan betul, means masukkan gambar ic, statement bank, utilities bil baru mereka akan buat confirmation dahulu dan proses permohonan kita. after ok, baru dapat no ID dan boleh la berniaga. biasanya kita ada laman sendiri untuk seller, tak sama macam buyer. macam lazada dan 11st ada laman seller sendiri. shopee boleh campur rasanya, sebab saya pakai apps, saya click aje di apps saya.
  6. Untuk meniaga di e-commerce ni, kecepatan barang sampai penting untuk kepuasan dan kepercayaan pelanggan kita. pada saya rating kedai kita amat penting bagi memberi impak pada pelanggan lain yang singgah di kedai kita.
  7. so, service kena la terbaik...
tue je kot buat masa ni yang saya blh share. nanti saya share lagi ape ilmu yang saya ade. saya pun masih belajar dan belajar lagi dunia online ni. orang kate, newbies lagi. untuk berjaya tak salah kalau kite belajar untuk berjaya kan... jumpa lagi you alls...




No comments:

Post a Comment