Ibnu Qayyim Al jauziah Rahimmullah ada menjawab persoalan mengenai api atau tanah
yang mana lebih mulia.
Siapa Ibnu Qayyim Al jauziah Rahimmullah?
Ia adalah seorang imam sunni, cendiakawan dan ahli fekah pada abad ke 13. Beliau juga seorang ahli tafsir, ahli hadis, para penghafal Al-Quran, ahli ilmu nahwu dan Ahli ilmu kalam.
dibawah adalah jawapan beliau bagi persoalan tersebut. Jom kita baca!!!
1. Api sinonim dengan kehancuran, kerosakan dan kemusnahan. Manakala tanah adalah simbol kehidupan Jika sebutir biji benih diletakkan didalam tanah, pasti tumbuhan itu akan tumbuh
besar sedikit demi sedikit.lain pula halnya dengan api, jika biji benih yang sama diletakkan, maka hanguslah biji benih itu terbakar.
2. Tanah adalah sumber kehidupan. adanya tanah, tumbuhan dapat hidup. dari tumbuhan, manusia dan haiwan dapat sumber makanan. bergitu juga dengan minuman, dari tanah wujudnya sumber air untuk manusia, haiwan dan tumbuhan. segalanya saling memerlukan dan berkaitan.
3. Tanah dengan semua lapisannya adalah tempat semua sumber hidupan berpijak dan bertapak. tidak ada satu pun hidupan tidak memerlukan tempat berpijak sama ada secara langsung atautidak. pernahkananda melihat pokok hidup diudara? haiwan berumah diawan?? manusia tinggal di udara??? tidakkan?? kita semua masih bergantung dengan tanah sebagai asas/ tapak kehidupan.
4. Api sifatnya menyala, membakar dan menghancurkan ketika sesuatu terbakar. Api memerlukan sesuatu untuk menunjukkan sifatnya yang boleh membakar. Manakala tanah tidak pernah meminta bantuan untuk wujud dimuka bumi ini. Tanah adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai. Malahan kita juga diwujudkan dari tanah bermula dari generasi Nabi Adam A.S hingga ke generasi hari ini.
5. Api tidak ada pendirian yang tetap dan dimana angin bertiup, maka disitulah api akan terarah. Api sangat mudah diumbang ambingkan dan tidak kosisten. Malahan, pada ketika Allah S.W.T wujudkan Nabi Adam A.S, Allah S.W.T menyuruh Iblis (diciptakan dari nyalaan api) tunduk sujud kepada nabi Adam A.S, Iblis enggan.Ini jelas menunjukkan keperibadian bergoncang dan ketaatannya sirna. Oleh itu, bagi pengikut Syaitan dan iblis,mempunyai pendirian yang tidak tetap dan terumbang ambing mengikut hati dan hawa nafsu semata.
6. Allah S.W.T telah mengungkapkan di dalam Al-quran berkaitan kelebihan tanah dan faedah- faedahnya yang tersangat banyak selain menyuruh hambanya mengkaji dan mempelajari isi kandung tanah sebagai tanda kekuasaanya. Manakala api pula disebut sebagai simbol kepada seksaan, azab, menakut-nakutkan dan tekanan kecuali ada bahagian-bahagian tertentu yang tidak menyebut tentang keburukan api.
Maka Jelaslah disini, tanah lebih mulia dari api. namun, api tidaklah seburuk yang disangka, kita juga memerlukan sumber api dalam kehidupan. api (Matahari) juga merupakan sumber kepadakehidupan. Tanah dan api adalah saing terkait dan saling memerlukan. Setiap ciptaan Allah S.W.T itu adalah terbaik dan terhebat. masing-masing ada buruk dan baiknya. bagaimana kita menggunakan, atau memanfaatkan sumber-sumber yang diberikan. Tanamkan sifat tanah di dalam jiwa, buangkan sifat api. Nescaya, hidup kita akan lebih baik dan mulia berbanding dulu.



No comments:
Post a Comment